Tarikh            : 21 Oktober 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 8 orang

 

 

Tujuan  

Maklumat palsu merupakan isu semasa yang perlu dititik berat oleh setiap lapisan masyarakat kerana ia akan menjadi isu yang besar jika tidak dibendung dari awal. Aktiviti kahoot KDB ini dijalankan bagi menguji tahap kefahaman setiap peserta mengenai isu ini.

Aktiviti

Setiap peserta perlu membuka laman web Kahoot.com dan memasukkan id yang diberikan oleh petugas. Kemudian, mereka perlu menjawab setiap soalan yang terpapar pada skrin.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 20 Oktober 2018

Masa              : 10.30 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 8 orang

 

 

Tujuan  

Talk KDB ini adalah merupakan antara program yang wajib diadakan di setiap Pusat Internet di bawah anjuran MCMC di seluruh Malaysia bagi memperjelaskan permasalahan mengenai pelbagai bentuk isu-isu yang berkaitan dengan penggunaan internet dan alam siber.

Aktiviti

Petugas memperjelaskan tentang isu 'maklumat palsu' yang kini menjadi antara isu berat yang sering timbul dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 13 Oktober 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 9 orang

 

 

Tujuan  

'Charades game' merupakan permainan pantomim iaitu permainan meneka aksi dan mimik muka seseorang bagi menggambarkan maksud sesuatu perkataan tanpa dialog. Melalui aktiviti ini, peserta diuji kepantasan minda, menggilap penggunaan bahasa dan meningkatkan keupayaan untuk berfikir dengan kritis.

Aktiviti

 

Para pelajar dipecahkan kepada 2 kumpulan dimana setiap kumpulan mempunyai 4 orang peserta. Setiap ahli kumpulan perlu membuat aksi bagi menggambarkan perkataan yang dipaparkan oleh ahli kumpulan mereka yang memegang kad kata. 

 

Gambar di sini

Tarikh            : 14 Oktober 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 5 orang

 

 

Tujuan  

Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid yang terkandung di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai Tahun 4. Bagi memenuhi silibus sejarah di peringkat sekolah rendah, kerja kursus diberikan kepada pelajar Tahun 6 bagi menguji pengetahuan, kemahiran, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam pelaksanaannya di dalam dan luar bilik darjah. Oleh itu, petugas Pusat Internet Malaysia Batu Kurau mengambil inisiatif untuk membantu para pelajar dengan mengajar cara untuk mencari maklumat yang diperlukan untuk membuat kerja kursus tersebut.

Aktiviti

Para pelajar mencari bahan di dalam internet mengenai mantan Perdana Menteri Malaysia dan menampal maklumat yang mereka jumpa di dalam kertas folio masing-masing.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 11 Oktober 2018

Masa              : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 6 orang

 

 

Tujuan  

'English Central' merupakan modul E-Pembelajaran yang diguna pakai di Pusat Internet Malaysia Batu Kurau untuk membantu komuniti yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah bagi mempertingkatkan penggunaan bahasa Inggeris mereka. Kebaikan aktiviti ini adalah para pelajar boleh memahami cerita tersebut dan menambah beberapa perkataan Bahasa Inggeris yang mereka belum tahu. Penglihatan dan pendengaran secara “direct” seperti ini mampu membantu para pelajar untuk membuat karangan Bahasa Inggeris mereka di sekolah. 

 

Aktiviti

Petugas menayangkan English Movie untuk mengukuhkan kosa kata mereka di dalam Bahasa Inggeris.

 

Gambar di sini