Tarikh            : 6 Oktober 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 6 orang

 

 

Tujuan  

Poster merupakan satu bentuk komunikasi perhubungan dan pengiklanan melalui seni yang berfungsi sebagai pengumuman, pemberitahuan dan pengiklanan. Di dalam aktiviti ini, para peserta diajar untuk membuat poster secara asas dengan menggunakan Microsoft Powerpoint.

Aktiviti

Petugas memberi beberapa taklimat ringkas mengenai cara penggunaan Microsoft Powerpoint. Selepas itu, setiap pelajar dikehendaki menyediakan sebuah poster yang bertemakan 'Permainan Tradisional Melayu di Malaysia' dengan menggunakan bahan yang telah disediakan oleh petugas.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 25 September 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 6 orang

 

 

Tujuan  

Matematik merupakan ilmu yang penting untuk diketahui oleh masyarakat tidak mengira peringkat umur kerana ianya akan sentiasa digunapakai dalam kehidupan seharian. Oleh itu, aktiviti ini dijalankan di Pusat Internet Batu Kurau adalah bertujuan untuk menguji tahap pengetahuan para peserta dalam Matematik dengan menggunakan aktiviti yang menarik dan kompetitif.

Aktiviti

Peserta dikehendaki membuka laman web Proprofs.com dan menjawab silang kata Matematik yang telah disediakan oleh petugas.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 15 September 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 6 orang

 

 

Tujuan  

Perkataan Tersembunyi (Hidden Words) merupakan aktiviti yang mampu menguji ketajaman minda dan mata para peserta untuk mencari perkataan yang tersembunyi dalam himpunan huruf. Di samping itu, dengan aktiviti yang menarik seperti ini juga mampu mendekatkan lagi hubungan antara komuniti dengan Pusat Internet Malaysia Batu Kurau.

Aktiviti

Petugas mengedarkan helaian kertas yang mengandungi himpunan huruf-huruf dan para peserta dikehendaki untuk mencari perkataan yang tersembunyi di sebalik huruf-huruf tersebut mengikut tema 'teknologi'. Peserta yang berjaya menjawab dengan pantas dan betul akan mendapat hadiah yang disediakan oleh petugas.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 24 September 2018

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 9 orang

 

 

Tujuan  

Malaysia mengandungi 13 buah negeri dan tiga buah wilayah persekutuan di mana setiap peserta akan diuji tahap pengetahuan mereka mengenai geografi dan peta Malaysia di dalam aktiviti ini.

Aktiviti

Setiap peserta perlu menghafal kedudukan setiap negeri di dalam peta Malaysia. Petugas akan mengedarkan helaian kertas yang mengandungi peta Malaysia dan setiap peserta perlu mengisi nama setiap negeri mengikut kedudukan negeri tersebut dengan betul.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 30 September 2018

Masa              : 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 13 orang

 

 

Tujuan  

Tekanan darah tinggi (high blood pressure) dikenali sebagai pembunuh senyap (silent killer) kerana biasanya tidak menunjukkan tanda-tanda yang jelas yang boleh dihidapi oleh semua masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Cara yang terbaik untuk mengetahui sama ada seseorang itu menghidap tekanan darah tinggi atau tidak adalah dengan mengukur tekanan darah. Oleh itu, petugas Pusat Internet Malaysia Batu Kurau mengambil inisiatif untuk membantu komuniti setempat dengan memberi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan  (tekanan darah) dengan percuma untuk memastikan komuniti sentiasa peka akan tahap kesihatan mereka masing-masing.

Aktiviti

Petugas memeriksa tekanan darah setiap komuniti yang hadir ke program yang dianjurkan.

 

Gambar di sini