Tarikh            : 19 Ogos 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 10 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini  diadakan untuk menguji tahap pengetahuan para peserta dalam menghayati sejarah kemerdekaan dan pembangunan negara Malaysia yang tercinta. 

Aktiviti

Petugas menggunakan laman web Kahoot sebagai medium untuk menambahkan lagi keseronokan para peserta untuk menjawab soalan kemerdekaan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 25 Ogos 2018

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 6 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini diadakan pada 25 Ogos 2018 dan disertai oleh 6 orang pelajar. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk menguji tahap kreativiti di samping mempertingkatkan semangat kemerdekaan para peserta bersempena bulan Kemerdekaan pad 31 Ogos yang diraikan setiap tahun.

Aktiviti

Setiap pelajar perlu menghias basikal masing-masing dengan menggunakan perlatan yang disediakan oleh petugas. Mereka diberi kelonggaran membeli peralatan sendiri mengikut kreativiti masing-masing.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 8 Ogos 2018

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 13 orang

 

 

Tujuan  

Movie maker adalah aplikasi yang digunakan untuk membuat dan mengedit video. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengasah bakat para pelajar dalam bidang pengeditan dan penyediaan video.

Aktiviti

Petugas menerangkan cara menggunakan movie maker dengan betul. Selepas itu, para pelajar diminta untuk menghasilkan video kemerdekaan berdasarkan kreativiti masing-masing. 

 

Gambar di sini

Tarikh            : 18 Ogos 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 6 orang

 

 

Tujuan  

'Klik dengan Bijak' ialah merupakan program yang diadakan bagi memberi kesedaran kepada komuniti tentang pentingnya berfikir dahulu sebelum melayari apa-apa website atau aplikasi terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini amat penting didedahkan kepada seluruh komuniti supaya mereka tidak menjadi mangsa dalam kancah jenayah siber.

Aktiviti

Petugas menayangkan beberapa buah video yang berkaitan dengan topik 'Semak Sebelum Sebar' dan kemudian, setiap peserta diajukan beberapa soalan untuk menguji tahap pemahaman dan pengetahuan mereka dalam topik tersebut.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 8 Ogos 2018

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 13 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti mewarna adalah salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran berfikir, kreativiti, emosi dan sosial terutama dalam kalangan kanak-kanak. Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu merangsang kreativiti dan perkembangan pembelajaran kanak-kanak istimewa (OKU) dengan aktiviti yang lebih menarik. Selain itu, aktiviti seperti ini juga dapat menambah kesedaran mereka mengenai Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun pada 31 Ogos di samping dapat memperluaskan fungsi Pusat Internet Batu Kurau di mata masyarakat setempat sebagai tempat sehenti komuniti.

Aktiviti

Para pelajar diberi dua helai kertas berkisarkan kemerdekaan negara Malaysia dan mereka perlu mewarna mengikut kreativiti masing-masing.

 

Gambar di sini