Tarikh            : 2 September 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 6 orang

 

 

Tujuan  

Hari Malaysia disambut pada 16 September pada setiap tahun adalah untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Peristiwa tersebut menandakan bahawa Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura telah bersetuju bagi membentuk Malaysia. Tujuan aktiviti ini dijalankan untuk menguji tahap kefahaman para pelajar mengenai sejarah tanah air kita yang tercinta, Malaysia. 

Aktiviti

Pelajar dikehendaki untuk memasukkan id game dalam laman web Kahoot.com bagi memulakan permainan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 1 September 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 7 orang

 

 

Tujuan  

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharam adalah merupakan salah satu peristiwa yang bermakna bagi umat Islam di mana ianya menjadi titik permulaan Islam mula tersebar dan berkembang ke seluruh dunia. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi menambahkan lagi penghayatan dan kefahaman para peserta terhadap peristiwa yang bersejarah ini.

Aktiviti

Petugas menayangkan sebuah filem animasi yang berkisarkan tentang peristiwa penghijrahan Muslimin Mekah ke Madinah dan diikuti  pula dengan aktiviti kuiz yang berkaitan dengan Maal Hijrah.  

 

Gambar di sini

Tarikh            : 19 Ogos 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 10 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini  diadakan untuk menguji tahap pengetahuan para peserta dalam menghayati sejarah kemerdekaan dan pembangunan negara Malaysia yang tercinta. 

Aktiviti

Petugas menggunakan laman web Kahoot sebagai medium untuk menambahkan lagi keseronokan para peserta untuk menjawab soalan kemerdekaan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 26 Ogos 2018

Masa              : 10.30 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 12 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini diadakan adalah untuk menyemarakkan bulan kemerdekaan dengan memupuk semangat patriotik dikalangan belia muda.

Aktiviti

Petugas menayangkan sebuah filem patriotik yang berkisarkan tentang perjuangan para tentera untuk mempertahankan kedaulatan negara Malaysia.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 25 Ogos 2018

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 6 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini diadakan pada 25 Ogos 2018 dan disertai oleh 6 orang pelajar. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk menguji tahap kreativiti di samping mempertingkatkan semangat kemerdekaan para peserta bersempena bulan Kemerdekaan pad 31 Ogos yang diraikan setiap tahun.

Aktiviti

Setiap pelajar perlu menghias basikal masing-masing dengan menggunakan perlatan yang disediakan oleh petugas. Mereka diberi kelonggaran membeli peralatan sendiri mengikut kreativiti masing-masing.

 

Gambar di sini