Tarikh            : 8 Ogos 2018

Masa              : 9.30 pagi - 1.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 15 orang

 

 

Tujuan  

Kecantikan adalah merupakan perkara yang penting bagi seorang perempuan untuk tampil anggun dan berkeyakinan tinggi. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mendedahkan para peserta cara menjaga penampilan diri di samping meraih minat mereka untuk menceburi dalam bidang keusahawanan kecantikan. Selain itu, mereka juga dapat mengenali Pusat Internet Batu Kurau sebagai tempat rujukan untuk mempertingkatkan imej keusahawanan setempat.

Aktiviti

Peserta diberikan sedikit penerangan dan taklimat oleh tiga orang konsultan Mary Kay tentang teknik-teknik yang sesuai mengenai penjagaan wajah, cara solekan asas dan cara menjadi usahawan Mary Kay. Selepas itu, para peserta perlu mempraktikkan setiap teknik-teknik tersebut pada wajah masing-masing.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 4 Ogos 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 9 orang

 

 

Tujuan  

English Central.com merupakan laman web yang digunakan oleh petugas PIM untuk membantu para pelajar bagi mempertingkatkan penguasaan mereka dalam bahasa Inggeris dengan cara dan suasana yang menarik dan efektif. 

Aktiviti

Petugas memaparkan sebuah video yang terkandung di dalam English Central.com. Para pelajar perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada video tersebut. Selepas itu, mereka juga dilatih menggunakan setiap perkataan yang terpapar di dalam video tersebut untuk latihan bercakap dan mengeja (speaking dan spelling) dalam bahasa Inggeris.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 22 Julai 2018

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 8 orang

 

 

Tujuan  

Kelas ini dilaksanakan pada 22 Julai 2018 dan disertai oleh lapan orang pelajar. Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi meningkatkan tahap ketajaman minda para pelajar.

Aktiviti

Para pelajar dikehendaki memasuki laman web ProProfs dan menjawab soalan yang berkaitan Internet dan Teknologi.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 28 Julai 2018

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 9 orang

 

 

Tujuan  

Kahoot.com merupakan salah satu medium e-pembelajaran yang digunakan oleh petugas PIM untuk membantu pelajar mengulangkaji pelajaran mereka. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi menguji tahap kefahaman mereka terhadap matapelajaran Sains Tahun 6 dengan cara yang lebih menarik dan menyeronokkan.

Aktiviti

Peserta perlu memasukkan no pin ke dalam komputer masing-masing dan menjawab soalan yang dipaparkan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 21 Julai 2018

Masa              : 2.30 pagi - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 9 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini memberi pendedahan awal kepada para pelajar dalam penciptaan dunia animasi selain meningkatkan kreativiti mereka di dalam penggunaan ICT.

Aktiviti

Para pelajar dikehendaki memasuki laman web Scratch dan mengikuti setiap langkah yang diajar oleh petugas. Mereka perlu mencipta karekter dan tema animasi mengikut kreativiti masing-masing. 

 

Gambar di sini