Tarikh            : 15 Julai 2018

Masa              : 2.30 pagi - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 9 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti 'online drawing' ini dilaksanakan pada 15 Julai 2018 dan disertai oleh sembilan orang peserta. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk memperkenalkan laman web melukis di atas talian di samping mengasah bakat para peserta dalam seni lukisan. 

Aktiviti

Para peserta diberikan sedikit penerangan tentang cara untuk menggunakan Sketchpad. Selepas itu, para peserta diberi peluang menggunakan sketchpad sambil dibimbing oleh petugas.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 14 Julai 2018

Masa              : 10.30 pagi - 11.30 pagi

Lokasi            : PI1M Batu Kurau

Peserta          : 15 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini dijalankan pada 14 Julai 2018 dan disertai oleh 15 orang peserta. Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti (DK) kepada para peserta di samping memberi peluang kepada mereka untuk memenangi hadiah yang menarik dengan menyertai pertandingan dan kuiz yang disediakan.

Aktiviti

Para peserta diberikan sedikit penerangan yang lebih mendalam cara penggunaan aplikasi DK. Selepas itu, para peserta dikehendaki mendaftar masuk aplikasi tersebut dengan menggunakan ID masing-masing untuk menjawab beberapa soalan kuiz yang telah disediakan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 8 Julai 2018

Masa              : 2.30 pagi - 4.30 tengahari

Lokasi            : PI1M Batu Kurau

Peserta          : 6 orang

 

 

Tujuan  

Kempen ini diadakan pada 8 Julai 2018 dan disertai oleh enam orang peserta. Objektif aktiviti ini diadakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan kepada para peserta mengenai keburukan E-Sisa (E-Waste) jika tidak dilupuskan dengan baik. Di samping itu, peserta juga turut mengetahui dan menjadikan Pusat Internet sebagai tempat pengumpulan E-Sisa dengan lebih baik.

Aktiviti

Petugas menayangkan beberapa buah video beserta sedikit penerangan supaya para peserta lebih memahami pentingnya pengurusan E-Sisa untuk kebaikan alam sekitar dan hidupan di muka bumi ini.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 14 Julai 2018

Masa              : 11.30 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi            : PI1M Batu Kurau

Peserta          : 15 orang

 

 

Tujuan  

Kelas ini dilaksanakan pada 14 Julai 2018 dan disertai oleh 15 orang pelajar. Objektif kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk membantu para pelajar untuk mempertingkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan bahasa Inggeris yang kini menjadi salah satu bahasa yang penting untuk dipelajari oleh semua lapisan masyarakat.

Aktiviti

 

Dengan menjadikan laman web English Central sebagai alat bantuan pengajaran, petugas dapat mengajar dan memahamkan para pelajar dengan lebih berkesan. Para pelajar ditayangkan beberapa video dan dikehendaki memberikan tumpuan yang sepenuhnya. Selepas itu, para pelajar dikehendaki menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan topik yang diajarkan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 7 Julai 2018

Masa              : 10.30 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi            : PI1M Batu Kurau

Peserta          : 6 orang

 

 

Tujuan  

Kelas ini dijalankan pada 7 Julai 2018 dan disertai oleh enam orang pelajar. Objektif kelas ini dilaksanakan adalah bagi membantu para pelajar untuk mahir menggunakan microsoft word untuk membuat 'table' terutama ketika membuat kerja kursus yang diberikan oleh pihak sekolah.

Aktiviti

Petugas memberikan sedikit penerangan tentang cara menggunakan 'tool' bagi membuat 'table'. Kemudian, para pelajar dikehendaki membuat 'table' dengan berpandukan contoh 'table' yang telah disediakan.

 

Gambar di sini