Tarikh            : 24 Jun 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : PI1M Batu Kurau

Peserta          : 8 orang

 

 

Tujuan  

Kelas Microsoft Word ini dijalankan pada 24 Jun 2018 dan disertai oleh lapan orang pelajar. Objektif kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran para pelajar mengenai Microsoft Word yang sering digunakan oleh pelajar bagi menyiapkan kerja kursus di sekolah. Pada kali ini pelajar diberi fokus mengenai cara menggunakan 'tool bar' bagi membuat biodata peribadi.

Aktiviti

Para petugas memberikan sedikit penerangan mengenai cara menggunakan tool bar pada Microsoft Word. Selepas itu, para pelajar kehendaki membuat tugasan mengiku tema yang ditetapkan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 23 Jun 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : PI1M Batu Kurau

Peserta          : 8 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini dijalankan pada 23 Jun 2018 dan disertai oleh lapan orang peserta. Objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk menguji minda para peserta bagi menyelesaikan permainan online 'jigsaw puzzle' dan 'word search' dengan masa yang singkat dengan bertemakan Hari Raya Aidilfitri.

Aktiviti

Petugas meminta para peserta membuka laman web ProProfs untuk memulakaan permainan tersebut. Peserta yang berjaya menyelesaikan permainan tersebut dengan pantas dikira sebagai pemenang mengikut setiap permainan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 12 Jun 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : PI1M Batu Kurau

Peserta          : 8 orang

 

 

Tujuan  

Kelas ini diadakan pada 12 Jun 2018 dan disertai oleh lapan orang pelajar. Tujuan kelas ini dijalankan adalah bagi mengasah pengetahuan para pelajar di dalam matapelajaran Matematik di samping mengulangkaji untuk menghadapi peperiksaan.

Aktiviti

Petugas memberi sedikit penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan. Selepas itu, para peserta dikehendaki menjawab kesemua soalan Matematik yang tersedia di dalam laman web Latihtubi.com mengikut tahap masing-masing.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 11 Jun 2018

Masa              : 10.30 pagi - 12.30 petang

Lokasi            : PI1M Batu Kurau

Peserta          : 6 orang

 

Tujuan  

Aktiviti ini dijalankan pada 11 Jun 2018 dan disertai oleh enam orang peserta. Objektif aktiviti ini dilaksanakan adalah bagi memberi pendedahan awal mengenai bahaya jenayah siber pada masa kini kepada para peserta.

Aktiviti

Video Klik Dengan Bijak bertajuk Penipuan Internet ditayangkan terutama kepada para remaja yang merupakan golongan yang mudah terdedah dengan bentuk penipuan di media sosial.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 10 Jun 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : PI1M Batu Kurau

Peserta          : 11 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini dijalankan pada 10 Jun 2018 dan disertai oleh 11 orang pelajar. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah bagi menguji tahap kreativiti bagi setiap peserta di samping merasai suasana Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba.

Aktiviti

Para peserta diberikan sehelai kertas berwarna dan peralatan yang lain untuk menyiapkan sekeping kad bertemakan Hari Raya Aidilfitri. Para peserta yang dapat menambat hati petugas dengan kad raya yang kreatif dan cantik akan diberikan hadiah.

 

Gambar di sini