Tarikh            : 12 Mei 2018

Masa              : 10.00 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi            : PI1M Batu Kurau

Peserta          : 5 orang

 

Tujuan  

Program ini dilaksanakan oleh pihak Pusat Internet 1Malaysia Batu Kurau dengan kerjasama seorang penulis bebas Dewan Pustaka dan Bahasa, En. Sallehudin Ibrahim. Tujuan program ini diadakan adalah bagi mengasah bakat para peserta di dalam bidang penulisan serta memberi galakan kepada peserta menjadikan Pusat Internert 1Malaysia sebagai tempat untuk mencari maklumat tambahan dalam penulisan di samping meningkatkan lagi pengetahuan ICT mereka.

Aktiviti

Para peserta diberikan  pengisian dan taklimat oleh En. Sallehudin Ibrahim mengenai dunia penulisan beliau dan cara untuk menceburi bidang penulisan dengan menggunakan majalah Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai platform untuk memulakan langkah pertama sebagai penulis muda. Para peserta digalakkan menghantar beberapa karya mereka kepada Dewan Pelajar samaada melalui pos ataupun melalui petugas PI1M.

 

Gambar di sini

 

Tarikh            : 6 Mei 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : PI1M Batu Kurau

Peserta          : 10 orang

 

 

Tujuan  

Kelas ini diadakan pada 6 Mei 2018 dan disertai oleh 10 orang pelajar. Tujuan kelas ini dijalankan adalah bagi memberi pendedahan mengenai cara menggunakan video maker untuk membuat sesuatu video dengan betul di samping meningkatkan lagi daya kreativiti para pelajar.

Aktiviti

Para pelajar diberikan sedikit penerangan mengenai cara penggunaan video maker dengan betul. Selepas itu, mereka diberikan peluang untuk membuat sebuah video mengikut tema 'Tempat Menarik di Taiping' dengan menggunakan bahan yang telah disediakan oleh petugas.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 29 April 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 8 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini dijalankan pada 29 April 2018 dan disertai oleh lapan orang peserta. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti (MyShop) sebagai medium untuk memasarkan produk usahawan PI1M. Selain itu, komuniti juga berpeluang untuk memenangi hadiah yang tersedia dengan menyertai pertandingan menjawab soalan yang terdapat di dalam aplikasi tersebut.

Aktiviti

Petugas memberikan sedikit penerangan mengenai MyShop dan cara menggunakannya dengan betul. Selepas itu,para peserta dikehendaki menjawab soalan yang terdapat pada aplikasi tersebut yang mengandungi 20 soalan bagi setiap tema.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 5 Mei 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 14 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini diadakan pada 5 Mei 2018 dan disertai oleh 14 orang pelajar. Tujuan aktiviti dijalankan adalah bagi membantu para pelajar untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris dengan menggunakan English Central sebagai medium pembelajaran yang berkesan.

Aktiviti

Petugas menjadikan English Central sebagai bahan mengajar dengan menggunakan kaedah komunikasi dua hala bagi membantu meningkatkan pemahaman para pelajar di dalam bahasa  Inggeris. Setiap pelajar diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut dengan menjawab soalan yang diberikan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 28 April 2018

Masa              : 10.30 pagi - 12.30 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 16 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini dijalankan pada 28 April 2018 dan disertai oleh 16 orang peserta. Para peserta dapat mengetahui tahap kesihatan mereka dengan menggunakan aplikasi Dashbbord Komuniti (MyHealth).

Aktiviti

Petugas menerangkan fungsi MyHealth di samping menggunakan MyHealth untuk memeriksa tahap tekanan darah setiap peserta. Peserta yang tidak memperolehi tekanan darah seperti yang telah digariskan dinasihatkan supaya menjaga pemakanan dan menukar cara kehidupan seharian kepada yang  lebih baik.

Gambar di sini