Tarikh            : 25 Mac 2018

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 14 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini diadakan pada 25 Mac 2018 dan disertai oleh 14 orang peserta. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah bertujuan bagi memantau tahap kesihatan komuniti setempat dan memberi nasihat untuk memastikan tekanan darah komuniti berada pada paras normal.

Aktiviti

Petugas menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti (My Health) untuk memeriksa tahap tekanan darah para peserta.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 24 Mac 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 4 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini diadakan pada 24 Mac 2018 dan disertai oleh empat orang pelajar. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi menguji kemampuan para pelajar untuk menyelesaikan soalan dari aras rendah ke aras sederhana mengikut tahap masing-masing. Laman web Astro Tutor TV ini mengandungi soalan yang terdiri dari pelbagai matapelajaran yang bagus untuk para pelajar untuk mengulangkaji matapelajaran dengan cara yang menarik.

Aktiviti

Para pelajar dikehendaki memasuki laman web Astro Tutor TV seperti yang ditetapkan oleh petugas. Kemudian, para pelajar perlu menjawab soalan-soalan yang terdapat pada laman web tersebut bermula dengan aras bawah sehingga aras tinggi. Hadiah akan diberikan kepada pelajar yang berjaya mendapat markah yang tertinggi. 

 

Gambar di sini

Tarikh            : 17 Mac 2018

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 8 orang

 

 

Tujuan  

Kelas ini telah diadakan pada 17 Mac 2018 dan disertai oleh lapan orang pelajar yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah bagi membantu pelajar untuk mengulangkaji pelajaran pada musim cuti sekolah disebabkan peperiksaan yang akan menjelang tidak lama lagi.

Aktiviti

Para pelajar dibahagikan kepaada dua kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 4 orang. Setiap pelajar perlu menjawab semua soalan yang terdapat pada kertas soalan yang telah diedarkan dan dibantu oleh para petugas.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 18 Mac 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 5 orang

 

 

Tujuan  

Kelas ini diadakan pada 18 Mac 2018 dan diserta oleh 5 orang pelajar. Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah bagi mendedahkan kepada para pelajar cara membuat pixel art dengan menggunakan Microsoft Excel.

Aktiviti

Petugas memberikan sedikit penerangan mengenai pixel art dan cara menggunakan Microsoft Excel dengan betul. Selepas itu, para pelajar dikehendaki membuat pixel art dengan berpandukan gambar yang telah disediakan oleh petugas.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 10 Mac 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 9 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini diadakan pada 10 Mac 2018 dan dihadiri oleh sembilan orang peserta. Melalui aktiviti ini, pelajar diuji mengenai PI1M Pekan Batu Kurau dan aplikasi Dashboard Komuniti.

Aktiviti

Petugas memberikan sedikit penerangan mengenai PI1M Pekan Batu Kurau dan aplikasi Dashboard Komuniti dengan ringkas. Selepas itu, para peserta dikehendaki menjawab soalan pada kertas soalan yang telah diberikan. Mereka juga dikehendaki menjawab kuiz yang terdapat pada My Komuniti (Dashboard Komuniti) sebelum aktiviti berakhir.

 

Gambar di sini