Tarikh            : 15 April 2018

Masa              : 10.30 pagi - 12.30 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 12 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini dijalankan pada 15 April 2018 dan disertai oleh 12 orang peserta. Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah bagi memberi penerangan kepada komuniti mengenai MySoal yang terkandung di dalam aplikasi Dashboard Komuniti serta cara menggunakannya untuk membuat aduan dengan cara yang betul.

Aktiviti

Petugas menerangkan fungsi dan cara menggunakan MySoal dengan betul. Selepas itu, para peserta juga diuji dengan beberapa soalan bagi menguji tahap kefahaman mereka mengenai MySoal.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 15 April 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 12 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini diadakan pada 15 April 2018 dan disertai oleh 12 orang pelajar. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi memperingati peristiwa besar dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk dan Mikraj. Secara tidak langsung aktiviti ini dapat mengingatkan kembali peristiwa yang berlaku pada malam 27 Rejab iaitu peristiwa yang sangat memberi kesan yang besar kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Aktiviti

Petugas menerangkan tentang peristiwa Israk dan Mikraj sambil menayangkan beberapa buah video untuk menambahkan pemahaman para pelajar tentang penerangan yang diberikan. Para pelajar dikehendaki menjawab kuiz yang telah disediakan oleh petugas untuk menguji tahap kefahaman mereka mengenai tajuk yang dibincangkan.

 

Gambar di sini

 

Tarikh            : 7 April 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 8 orang

 

 

Tujuan  

Kelas ini diadakan pada 7 April 2018 bagi memberi panduan kepada para pelajar untuk membuat surat rasmi mengikut format yang betul dengan menggunakan Microsoft Word. Oleh itu, para pelajar sekaligus dapat menggunakan ilmu tersebut untuk membuat surat yang formal untuk kegunaan sebarang aktiviti di sekolah.

Aktiviti

Petugas memberikan penerangan mengenai cara penggunaan Microsoft Word dengan betul. Selepas itu, para pelajar dikehendaki menaip surat kiriman rasmi dengan mengikut contoh yang diberikan oleh petugas.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 8 April 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 7 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini diadakan pada 8 April 2018 dan disertai oleh tujuh orang peserta. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi memberi kesedaran kepada orang ramai pentingnya untuk mengitar semula bahan elektronik yang tidak digunakan di samping menjadikan PI1M sebagai tempat sehenti bagi pengumpulan Mobile E-waste di seluruh negara.

Aktiviti

Petugas memberikan sedikit penerangan mengenai E-waste di samping menayangkan sebuah video bagi menambahkan pemahaman para peserta. Selepas itu, para pelajar juga dikehendaki menjawab kuiz untuk menguji tahap kefahaman dan pengetahuan para peserta mengenai topik yang dibincangkan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 30 Mac 2018

Masa              : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 15 orang

 

 

Tujuan  

Program ini diadakan pada 30 Mac 2018 dan disertai oleh 15 orang peserta yang terdiri daripada usahawan kecil sekitar daerah Larut, Matang dan Selama. Tujuan program ini dijalankan adalah bagi memberi pendedahan kepada para peserta untuk memasarkan produk mereka melalui online. Kebaikan aktiviti ini, para peserta lebih mempunyai peluang yang lebih luas untuk memasarkan produk mereka tanpa terhad kepada komuniti setempat sahaja.

Aktiviti

Petugas menyampaikan sedikit tip cara menarik hati  pelanggan dengan lebih kreatif. Selepas itu, para peserta diajar cara mewujudkan Facebook Page dan cara menggunakannya dengan betul. Program ini dilaksanakan selama dua jam yang mengandungi modul teori dan praktikal.

 

Gambar di sini