Tarikh            : 10 Februari 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 8 orang

 

 

Tujuan  

My Komuniti adalah salah satu pilihan yang terdapat pada aplikasi Dashboard Komuniti. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi memperkenalkan Dahboard Komuniti kepada komuniti setempat untuk membuat hebahan dan cara untuk menggunakan aplikasi tersebut dengan betul.

Aktiviti

Setiap pelajar perlu memasukkan ID masing-masing dan membuat sebarang hebahan yang berkaitan aktiviti komuniti setempat seperti majlis atau perkhemahan yang sudah atau bakal dilaksanakan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 4 Februari 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini dijalankan pada 4 Februari 2018 dan telah disertai oleh sembilan orang peserta. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah bagi memperkenalkan laman portal Sebenarnya.my di samping memberi kesedaran kepada para peserta tentang pentingnya mengenalpasti sesuatu berita sebelum dikongsikan pada laman sosial.

Aktiviti

Petugas memberikan serba sedikit pengenalan mengenai portal Sebenarnya.my kepada para peserta sebelum membuka sebuah video mengenai portal tersebut. Para peserta juga diajukan beberapa soalan bagi menguji kefahaman mereka mengenai topik yang telah disampaikan oleh petugas. 

Gambar di sini

Tarikh            : 28 Januari 2018

Masa              : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 8 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini dilaksanakan pada 28 Januari 2018 dan disertai oleh lapan orang pelajar. Fokus Kahoot.com pada kali ini adalah untuk mengujii tahap kefahaman para pelajar mengenai aplikasi Dashboard Komuniti.

Aktiviti

Terlebih dahulu, para peserta diberikan sedikit penerangan mengenai Dashboard Komuniti oleh petugas. Selepas itu, para pelajar dikehendaki masuk ke laman web Kahoot.com dan perlu memasukkan no id yang diberikan oleh petugas. Setiap pelajar perlu menjawab soalan yang terpapar di skrin dengan betul.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 3 Februari 2018

Masa              : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 11 orang

 

 

Tujuan  

Kelas ini dijalankan pada 3 Februari 2018 dan telah disertai oleh 11 orang pelajar. Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi memperkenalkan software Microsoft PowerPoint kepada para pelajar. Pada kali ini, petugas memberi fokus kepada cara menggunakan Microsoft Powerpoint untuk membuat poster.

Aktiviti

Para peserta diberikan sedikit penerangan mengenai fungsi Microsoft Powerpoint oleh petugas. Selepas itu, para peserta dikehendaki mencari gambar berdasarkan tema yang telah diberikan (Kempen Mari Membaca). Petugas menunjukkan cara menggunakan 'tool' Microsoft PowerPoint dengan betul dan memberi peluang kepada para pelajar mencipta poster sendiri mengikut kreativiti masing-masing.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 27 Januari 2018

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 10 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini dijalankan pada 27 Januari 2018 dan dihadiri oleh 10 orang peserta. Tujuan aktiviti ini adalah bagi memperkenalkan kepada para peserta mengenai aplikasi Dashboard Komuniti (My Health). Para peserta dapat menggunakan aplikasi ini untuk memeriksa tekanan darah dan tahap kesihatan masing-masing.

Aktiviti

Para peserta diperkenalkan dengan cara penggunaan My Health yang terdapat pada aplikasi Dashboard Komuniti untuk memeriksa tekanan darah dan juga cara mengekalkan kesihatan yang baik dengan menjaga cara hidup seharian dan pemakanan yang sihat. Petugas membuat pemeriksaan tekanan darah terhadap para peserta dengan menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti (My Health) dan kelengkapan yang telah disediakan.

 

Gambar di sini