Tarikh            : 4 Mac 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 7 orang

 

 

Tujuan  

Program advokasi ini diadakan pada 4 Mac 2018 dan disertai oleh tujuh orang pelajar. Tujuan program ini dijalankan adalah bagi memberi kesedaran kepada para pelajar tentang pentingnya berhati-hati ketika menggunakan internet terutamanya di dalam media sosial. Selain itu, para pelajar juga dapat mengetahui cara mengelakkan diri dari menjadi mangsa buli siber dan bagaimana mengatasinya.   

Aktiviti

Petugas memberikan sedikit penerangan mengenai maksud 'Buli Siber' terutamanya di media sosial. Selepas, itu petugas menayangkan beberapa buah video mengenai buli siber untuk menambahkan lagi pemahaman para pelajar. Selain itu, para pelajar juga dikehendaki menjawab beberapa soalan pada laman web Quizizz bagi menguji kefahaman mereka.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 3 Mac 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 10 orang

 

 

Tujuan  

Kelas ini diadakan pada 3 Mac 2018 dan disertai oleh 10 orang pelajar. Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi mendedahkan para pelajar tentang cara membuat poster dengan menggunakan Microsoft Publisher selain meningkatkan tahap kreativiti mereka di dalam multimedia.

Aktiviti

Petugas menerangkan maksud poster dan cara penggunaan Microsoft Publisher dengan betul. Selepas itu, para pelajar dikehendaki menyediakan sebuah poster yang bertajuk 'Selamat Datang ke Batu Kurau' dengan menggunakan bahan yang telah disediakan oleh petugas. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, para pelajar diberi bimbingan bagi membuat poster yang terbaik mengikut kreativiti masing-masing.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 24 Februari 2018

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : orang

 

 

Tujuan  

Kelas ini diadakan pada 24 Februari 2018 dan disertai oleh tujuh orang pelajar. Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah bagi mendedahkan para pelajar cara belajar Matematik yang menyeronokkan di samping untuk merangsang otak para pelajar agar lebih aktif dan cekap dalam pengiraan.

Aktiviti

Petugas memberikan sedikit penerangan mengenai pentingnya Matematik dalam kehidupan seharian. Selepas itu, para pelajar dikehendaki memasuki laman web Math Playground dan perlu menyelesaikan beberapa soalan yang ditetapkan oleh petugas.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 25 Februari 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 4 orang

 

Tujuan  

Aktiviti ini diadakan pada 25 Februari 2018 dan disertai olehh empat orang peserta. Tujuan aktiviti dilaksanakan adalah bagi mendedahkan para pelajar mengenai E-Sisa dan cara melupuskannya dengan betul. 

Aktiviti

Petugas menerangkan maksud E-Sisa, kesan dan cara melupuskannya di samping menayangkan beberapa buah video untuk menambahkan lagi pemahaman para peserta. Selepas itu, para peserta di kehendaki menjawab soalan dari laman web Quizizz bagi menguji kefahaman para pelajar mengenai topik tersebut.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 18 Februari 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : orang

 

Tujuan  

Kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk mendedahkan para pelajar mengenai asas pengenalan dan penggunaan perkakasan komputer.

Aktiviti

Petugas memaparkan slide tentang pengenalan komputer dan para pelajar perlu memahami setiap isi yang terkandung pada slide tersebut. Selepas itu, petugas memberikan beberapa soalan bagi menguji kefahaman para pelajar mengenai topik tersebut.

 

Gambar di sini