Tarikh            : 28 Januari 2018

Masa              : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 8 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini dilaksanakan pada 28 Januari 2018 dan disertai oleh lapan orang pelajar. Fokus Kahoot.com pada kali ini adalah untuk mengujii tahap kefahaman para pelajar mengenai aplikasi Dashboard Komuniti.

Aktiviti

Terlebih dahulu, para peserta diberikan sedikit penerangan mengenai Dashboard Komuniti oleh petugas. Selepas itu, para pelajar dikehendaki masuk ke laman web Kahoot.com dan perlu memasukkan no id yang diberikan oleh petugas. Setiap pelajar perlu menjawab soalan yang terpapar di skrin dengan betul.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 27 Januari 2018

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 10 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini dijalankan pada 27 Januari 2018 dan dihadiri oleh 10 orang peserta. Tujuan aktiviti ini adalah bagi memperkenalkan kepada para peserta mengenai aplikasi Dashboard Komuniti (My Health). Para peserta dapat menggunakan aplikasi ini untuk memeriksa tekanan darah dan tahap kesihatan masing-masing.

Aktiviti

Para peserta diperkenalkan dengan cara penggunaan My Health yang terdapat pada aplikasi Dashboard Komuniti untuk memeriksa tekanan darah dan juga cara mengekalkan kesihatan yang baik dengan menjaga cara hidup seharian dan pemakanan yang sihat. Petugas membuat pemeriksaan tekanan darah terhadap para peserta dengan menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti (My Health) dan kelengkapan yang telah disediakan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 20 Januari 2018

Masa              : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : orang

 

 

Tujuan  

Kelas ini diadakan pada 20 Januari 2018 dan disertai oleh enam orang pelajar. Tujuan kelas English Central ini dilaksanakan adalah bagi mengasah pemahaman dan pengetahuan para pelajar dalam penggunaan Bahasa Inggeris dalam dunia tanpa sepadan pada zaman ini.

Aktiviti

Para pelajar terlebih dahulu diberikan penerangan oleh petugas mengenai keperluan penguasaan Bahasa Inggeris mengikut peredaran dunia sekarang yang lebih mencabar dan perlukan teknik dan ilmu yang tinggi. Petugas menggunakan laman web English Central sebagai medium pengajaran. Para pelajar perlu menjawab soalan yang terpapar di skrin dengan betul.

 

Gambar di sini

 

 

Tarikh            : 21 Januari 2018

Masa              : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 11 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini dilaksanakan pada 21 Januari 2018 dan disertai oleh 11 orang pelajar. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi menguji tahap kecekapan dan penguasaan mereka dalam Bahasa Inggeris selain memberi pendedahan kepada mereka tentang kepentingan Bahasa Inggeris dalam dunia global ini.

Aktiviti

Para pelajar terlebih dahulu diberikan penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan. Selepas itu, para pelajar dikehendaki menulis perkataan Bahasa Inggeris yang diberikan dengan betul berserta maksud pada kertas yang telah diberikan. Pelajar yang dapat mengeja dengan betul dan terbanyak dikira sebagai pemenang.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 14 Januari 2018

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 6 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini dijalankan pada 14 Januari 2018 dan disertai oleh enam orang pelajar. Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah bagi mengajar para pelajar cara untuk membuat akaun emel (Gmail).

Aktiviti

Sebelum memulakan aktiviti, petugas memberi penerangan mengenai kegunaan emel yang juga menjadi salah satu jalan perhubungan selain dari telefon. Selepas itu, para pelajar diajar cara membuat akaun dan penggunaan emel dengan betul.

 

Gambar di sini