Tarikh            : 13 Januari 2018

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 5 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini dijalankan pada 13 Januari 2018 yang disertai oleh lima orang pelajar. Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah bagi menguji keupayaan dan kecekapan minda para peserta bagi mencari kata (simpulan bahasa) yang tersembunyi disebalik huruf-huruf yang tersusun rapi. Selain menarik minat peserta untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti di PI1M, peserta juga dapat meningkatkan pengetahuan dalam Bahasa Melayu terutama dalam penggunaan simpulan bahasa.

Aktiviti

Sebelum memulakan aktiviti, para peserta diberi penerangan oleh petugas mengenai penggunaan simpulan bahasa dalam Bahasa Melayu. Selepas itu, para peserta dikehendaki mencari kata (simpulan bahasa) dalam kertas soalan yang diberikan oleh petugas. Peserta yang terpantas dalam menjawab soalan tersebut akan mendapat hadiah yang telah disediakan.

 

Gambar di sini

 

Tarikh            : 07 Januari 2018

Masa              : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : orang

 

 

Tujuan  

Program Klik dengan Bijak (KDB) merupakan program  yang dilaksanakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama Pusat Internet 1Malaysia. Program ini dilaksanakan bagi mendedahkan nilai-nilai murni pengguna ketika melayari internet terutama dalam media sosial kepada peserta. Program ini dilaksanakan dalam skala kecil yang disertai oleh tujuh orang peserta yang diadakan di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Pekan Batu Kurau, Perak. 

Aktiviti

Setiap peserta terlebih dahulu diberikan penerangan mengenai maksud Klik dengan Bijak dan Cybergrooming oleh petugas. Selepas itu, setiap pelajar diberi peluang menonton beberapa buah video yang berkaitan Klik dengan Bijak dengan teliti dan fokus. Para peserta dikehendaki memberikan buah fikiran dan pendapat mereka mengenai maksud yang tersembunyi di dalam video-video tersebut bagi mengetahui tahap kefahaman mereka terhadap objektif yang ingin disampaikan dalam program tersebut.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 27 Disember 2017

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 6 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini dijalankan pada 27 Disember 2017 dan telah disertai oleh enam orang peserta. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi mendedahkan kepada setiap peserta mengenai cara membuat penanda buku dengan mudah dan menarik dengan menggunakan Microsoft Word. 

Aktiviti

Setiap pelajar terlebih dahulu diberi penerangan dan diajar cara menggunakan tool yang ada pada Microsoft Word untuk membuat penanda buku oleh petugas. Kemudian, para pelajar diberi peluang untuk membuat penanda buku dengan menggunakan kreativiti masing-masing. Selain itu, mereka juga dapat membawa pulang setiap hasil kerja mereka sendiri selepas selesai aktiviti tersebut.

 

Gambar di sini

 

Tarikh            : 28 Disember 2017

Masa              : 2.30 petang - 5.00 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini telah diadakan pada 28 Disember 2017 dan disertai oleh tujuh orang peserta. Aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan bagi menguji kecekapan dan ingatan mereka dalam menghafal sifir.

Aktiviti

Petugas memulakan aktiviti dengan memberi penerangan mengenai kepentingan sifir bukan sahaja di sekolah malah penggunaannya yang akan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Selain itu, mereka diajar teknik menghafal sifir dengan cepat dan berkesan. Selepas itu, para pelajar diberi masa 10 minit untuk menghafal sifir sebelum mereka diuji. Mereka dikehendaki membaca sifir tersebut tanpa melihat ke arah skrin seorang demi seorang.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 23 Disember 2017

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 5 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini telah dijalankan pada 23 Disember 2017 dan disertai oleh lima orang pelajar. Tujuan aktiviti ini diadakan bagi memberi kesedaran dan motivasi kepada pelajar untuk sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka.

Aktiviti

Setiap pelajar diberikan sehelai kertas bersaiz A4 dan sebatang pen dan mereka perlu melukis sebentuk hati (love) pada kertas tersebut. Petugas menayangkan 2 buah video pendek yang berkisahkan tentang kehidupan seseorang. Setiap  pelajar perlu menonton video tersebut dengan berhati-hati. Petugas menerangkan maksud yang tersembunyi pada 2 buah video tersebut dan kemudian mereka perlu menuliskan nilai-nilai murni yang mereka perolehi daripada video-video tersebut pada lukisan hati mereka. Lukisan tersebut melambangkan hati mereka di mana mereka ingin mengamalkan setiap nilai-nilai murni tersebut dalam kehidupan mereka.

 

Gambar di sini