Tarikh            : 17 Disember 2017

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 6 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini dilaksanakan pada 17 Disember 2017 dan disertai oleh seramai 6 orang pelajar. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi menguji minda dan kemahiran mereka dalam menyelesaikan masalah dengan menggunakan kaedah permainan dalaman atau tradisional.

Aktiviti

Para pelajar terlebih dahulu diberi penerangan mengenai peraturan setiap permainan tersebut (sahiba, dam haji, dam ular) sebelum memulakan pertandingan tersebut. Di akhir aktiviti, setiap pelajar diberi peluang memberikan pendapat mengenai pengajaran yang telah diperolehi daripada permainan-permainan tersebut untuk menguji kefahaman mereka mengenai objektif aktiviti ini dijalankan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 16 Disember 2017

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 7 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini dijalankan pada 16 Disember 2017 dengan disertai oleh seramai 7 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Tujuan akitiviti ini dilaksanakan bagi membantu pelajar untuk lebih memahami dan mengetahui cara penggunaan software movie maker dengan betul dalam membikin sebuah video yang dikehendaki.

Aktiviti

Para pelajar terlebih dahulu diberi penerangan mengenai fungsi software movie maker dan cara penggunaan dengan betul. Selepas itu, setiap pelajar perlu menyediakan sebuah video yang berasaskan motivasi berdasarkan bahan yang telah disediakan oleh petugas dengan menggunakan kreativiti masing-masing.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 9 Disember 2017

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 5 orang

 

 

Tujuan  

Kelas ini dijalankan pada 9 Disember 2017 di PI1M Pekan Batu Kurau dan disertai oleh lima orang pelajar. Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi membantu peningkatan penguasaan pelajar dalam penggunaan Bahasa Inggeris dengan cara yang lebih efektif.

Aktiviti

Para pelajar terlebih dahulu diberi penerangan mengenai kepentingan Bahasa Inggeris yang digunakan sebagai antara bahasa komunikasi yang penting dalam dunia komunikasi pada era moden ini. Selepas itu, petugas memulakan pengajaran dengan menggunakan laman web English Central sebagai bahan untuk mengajar. Selain itu, para pelajar diuji dengan pelbagai soalan yang disediakan di dalam laman web tersebut bagi memastikan setiap pelajar dapat apa yang telah diajarkan oleh petugas.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 12 Disember 2017

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 8 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini dijalankan pada 12 Disember 2017 di PI1M Pekan Batu Kurau, Perak dan disertai oleh lapan orang pelajar. Tujuan aktiviti ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan 'Klik Dengan Bijak' dengan menggunakan kaedah tayangan video.

Aktiviti

Para pelajar diberi penerangan mengenai maksud 'Klik Dengan Bijak' dan apa kepentingannya dalam setiap tindak tanduk seseorang dalam penggunaan internet terutama bagi pelajar sekolah. Selepas itu, petugas akan menayangkan beberapa buah video sebagai pengajaran di samping menanyakan beberapa soalan kepada pelajar mengenai video yang telah ditayangkan. Selain memberikan pengajaran, aktiviti ini dapat mendidik setiap pelajar untuk berfikir sebelum membuat sebarang aktiviti dengan menggunakan sosial media dan internet.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 3 Disember 2017

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 6 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini dijalankan pada 3 Disember 2017 dengan disertai 6 orang pelajar. Akitviti ini bertujuan bagi mendedahkan setiap pelajar mengenai cara penggunaan Microsoft Paint di samping mencungkil bakat mereka yang terpendam dalam bidang kesenian.

Aktiviti

Para pelajar diberi penerangan mengenai fungsi Microsoft Paint dan cara penggunaannya. Selepas itu, mereka diberi peluang untuk melukis pemandangan pantai dengan menggunakan Microsoft Paint.

 

Gambar di sini