Tarikh            : 10, 17, 23 & 24 September 2017

Masa              : 9.30 pagi - 1.00 petang

Lokasi            : Pi1m Batu Kurau

Peserta          : 16 orang

 

Tujuan  

Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan Microsoft Office yang sangat penting pada dunia masa kini.

 

Aktiviti

Microsoft office terdiri daripada Word, Excel,  Powerpoint, Publisher, Outlook, Onenote, dan Access. Setiap microsoft mempunyai fungsi yang berlainan mengikut kehendak pengguna. Kelas ini menyediakan pendedahan bagi penggunaan Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint khas untuk pelajar sekolah bagi memudahkan mereka menyelesaikan tugasan sekolah dengan lebih efektif. Melalui penggunaan Microsoft Word, pelajar dapat mempelajari ilmu asas untuk memasukkan gambar ke dalam Microsoft Word di samping cara untuk 'design front page' bagi folio atau tiap tugasan yang berkaitan dalam bentuk pengolahan kata. Pelajar juga dapat mempelajari ilmu Microsoft PowerPoint untuk menghasilkan pembentangan yang menarik di sekolah. Setiap pelajar mula tertarik dengan kelas ini apabila setiap pelajar diberi peluang untuk menggunakan gambar dan bahan yang disukai mereka di setiap proses pembelajaran ini berlangsung. Justeru itu, setiap proses pembelajaran perlu mempunyai teknik yang berkesan bagi menarik perhatian setiap pelajar untuk lebih memahami dan mencungkil idea dari mereka.

 

Gambar disini

 

Tarikh            : 10 September 2017

Masa              : 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi            : Pi1m Batu Kurau

Peserta          : 8 orang

 

Tujuan  

Melatih komuniti cara menaip dengan betul dan pantas.

 

Aktiviti

TyperRacer adalah merupakan 'online game' berasaskan menaip (typing), di mana peserta perlu bersaing antara satu sama lain bagi memenangi perlumbaan tersebut. Peserta perlu menaip kembali petikan-petikan yang diberikan dengan memastikan ejaan, uppercase, lowercase, serta tanda-tanda ayat seperti ",?! ditaip dengan betul. Peserta akan dikira sebagai pemenang sekiranya dapat mendahului pesaing yang lain di dalam permainan tersebut. Aktiviti ini dapat membantu peserta cara untuk menaip dengan betul dan pantas serta memberi peluang kepada para peserta melibatkan diri dalam aktiviti yang sihat.

 

Gambar disini

 

Tarikh            : 28 Ogos 2017

Masa              : 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi            : Pi1m Batu Kurau

Peserta          : 13 orang

 

Tujuan  

Memberi kesedaran kepada golongan muda mengenai pengorbanan yang dilakukan oleh pejuang tanah air untuk merdekankan Tanah Melayu.

Aktiviti

Peserta diminta untuk menonton filem Sarjan Hassan berdurasi lebih kurang 2 jam dan di akhir filem peserta diminta untuk menjawab soalan.

 

Gambar disini

 

Tarikh            : 29 Ogos 2017

Masa              : 10.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi            : Pi1m Batu Kurau

Peserta          : 7 orang

 

Tujuan  

Mengajar komuniti cara untuk memuat naik hebahan di dalam My Komuniti.

 

Aktiviti

Peserta membuat memuat naik hebahan dan ditapis oleh petugas. Peserta dapat menyampaikan maklumat kepada komuniti luar dengan lebih cepat.

 

Gambar disini

Tarikh            : 27 Ogos 2017

Masa              : 3.00 petang - 5.30 petang

Lokasi            : Pi1m Batu Kurau

Peserta          : 8 orang

 

Tujuan  

 Melatih IQ para peserta untuk mencantumkan gambar-gambar bendera Malaysia sebanyak 30 keping.

 

Aktiviti

Peserta diminta untuk menggabungkan kepingan gambar sebanyak 30 keping untuk membentuk jalur gemilang. Pemenang dipilih berdasarkan melengkapkan gambar bendera Malaysia dengan paling pantas. 

 

Gambar disini