Tarikh            : 4 November 2017

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : PI1M Pekan Batu Kurau

Peserta          : 6 orang

 

 

Tujuan  

Microsoft Publisher merupakan salah satu aplikasi Microsoft Office untuk digunakan untuk membuat poster, katalog, wishing kad, planner dan lain-lain lagi. Kelas ini bertujuan membantu para pelajar untuk mempelajari cara menggunakan Microsoft Publisher untuk membuat kad hari jadi (birthday card).

 

Aktiviti

Kelas Microsoft Publisher ini disertai seramai enam pelajar yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur (11-17 tahun). Sebelum memulakan penggunaan aplikasi tersebut, pelajar dikehendaki mencari bahan untuk digunakan untuk membuat kad hari jadi mengikut citarasa dan kreativiti mereka. Mereka terasa sangat teruja dan gembira apabila dapat menyiapkan kad hari jadi khas untuk yang tersayang pada masa yang ditetapkan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 1 November 2017

Masa              : 8.30 pagi - 11.00 pagi

Lokasi            : SMK Taman Panglima

Peserta          : 108 orang

 

 

Tujuan  

Memberi pendedahan mengenai cara penggunaan komputer yang betul dan jenayah-jenayah siber yang berlaku masa kini. 

Aktiviti

Program Klik Dengan Bijak (KDB) ini diadakan di SMK Taman Panglima, Taiping di mana disertai oleh 108 pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 dari sekolah tersebut. Kali ini, program ini menyasarkan komuniti daripada kalangan pelajar bagi menimbulkan kesedaran mereka mengenai pentingnya penggunaan komputer dan internet dengan betul dan berhikmah. Para pelajar juga dapat mengenali dengan baik mengenai jenayah- jenayah siber yang sering mengganggu keharmonian negara dengan aktiviti penipuan serta penggodam data peribadi.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 21 Oktober 2017

Masa              : 2.30 petang - 5.30 petang

Lokasi            : Pi1m Batu Kurau

Peserta          :8 orang

 

Tujuan  

Memberi pendedahan kepada ahli Pi1M untuk membuat video yang cantik dan canggih menggunakan software yang biasa

 

Aktiviti

Setiap pelajar diminta untuk membuat video masing-masing mengikut kreativiti para pelajar. Kebaikan aktiviti ini, pelajar boleh menggunakan ilmu movie maker untuk membuat video asas di masa akan datang.

 

Gambar disini

 

Tarikh            : 22 Oktober 2017

Masa              : 2.30 petang - 5.00 petang

Lokasi            : Pi1m Batu Kurau

Peserta          :8 orang

Tujuan  

Memberi pendedahan kepada komuniti mengenai kempen “ Check Your Mobile” oleh MCMC. 

 

Aktiviti

Petugas membuat penerangan berdasarkan video yang ditayangkan mengenai kempen Check Your Mobile. 

 

Gambar disini

Tarikh            : 14 Oktober 2017

Masa              : 10.00 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi            : Pi1m Batu Kurau

Peserta          :7 orang

 

Tujuan  

Membuat latihan latihtubi secara online mengikut peringkat pendidikan masing-masing

 

Aktiviti

Pelajar membuat akaun sendiri untuk login ke latihtubi.com. Dan membuat latihan mengikut tahap pengetahuan masing-masing

 

Gambar disini