Tarikh            : 2 Disember 2017

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 9 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini dijalankan pada 2 Disember 2017 dengan disertai 9 orang pelajar. Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan cara penggunaan disamping meningkatkan kemahiran mereka menggunakan Microsoft Word dengan betul.

Aktiviti

Para pelajar diberi penerangan mengenai fungsi Microsoft Word yang pelbagai termasuklah untuk menyediakan surat kiriman rasmi untuk pelbagai situasi (formal). Selain itu, mereka juga didedahkan mengenai format surat kiriman rasmi yang telah digariskan dalam pendidikan Bahasa Melayu di sekolah. Selepas itu, para pelajar diberi peluang untuk menyediakan surat kiriman rasmi mengikut tajuk yang diberikan oleh petugas.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 27 November 2017

Masa              : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini diadakan pada 27 November 2017 di bilik latihan PI1M Batu Kurau dan disertai seramai 8 orang pelajar. Tujuan aktiviti ini dijalankan bagi mengasah kreativiti dan kemahiran pelajar melukis dengan menggunakan Microsoft Paint. 

Aktiviti

Microsoft Paint ialah salah satu software yang digunakan sesuai bagi pelajar yang baru sahaja mahu mendekatkan diri dengan bidang kesenian dan grafik. Para pelajar diperkenalkan setiap penggunaan 'tool' yang disediakan di dalam Microsoft Paint dan diajar cara penggunaan Microsoft Paint dengan betul. Kemudian, mereka dikehendaki melukis sebuah rumah idaman mereka dengan menggunakan kreativiti masing-masing. 

 

Gambar di sini

Tarikh            : 26 November 2017

Masa              : 2.30 petang - 3.30 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 7 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini diadakan pada 26 November 2017 dan disertai seramai 7 orang peserta. Aktiviti ini diadakan bagi mendedahkan cara penggunaan aplikasi Dashboard Komuniti bagi salah satu platform penyampaian maklumat aktiviti komuniti setempat. Selain itu, mereka perlu menjawab soalan kuiz yang telah disediakan di dalam Dashboard Komuniti tersebut.

 

Aktiviti

Para peserta dikehendaki memasuki laman Dashboard dengan menggunakan nombor kad pengenalan masing-masing dan perlu menjawab soalan kuiz yang disediakan di laman Dashboard Komuniti. Selepas itu, para perserta diajar cara penggunaan Dashboard Komunit dengan betul.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 26 November 2017

Masa              : 10.00 pagi - 11.30 pagi

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 8orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini diadakan pada 26 November 2017 dan disertai seramai 7 orang peserta. Aktiviti dijalankan bagi mengasah kemahiran dan pengetahuan mereka mengeja perkataan dalam Bahasa Inggeris.

 

Aktiviti

Para pelajar  perlu memasuki laman web Interactives Spelling Bee untuk menjawab soalan mengikut tahap mereka. Pelajar yang berjaya menjawab soalan yang terbanyak dikira sebagai pemenang.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 25 November 2017

Masa              : 3.00 petang - 4.00 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 8 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini diadakan pada 25 November dan disertai oleh 8 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan aktiviti ini dijalankan bagi menguji pemahaman peserta mengenai peribahasa  bagi memupukkan lagi minat mereka terhadap penggunaan Bahasa Melayu.

 

 

Aktiviti

Para peserta dikehendaki memasuki laman web Kahoot.com dan memasukkan ID yang telah diberikan oleh petugas. Setiap peserta perlu membaca soalan dengan teliti sebelum menjawab soalan mengikut masa yang telah ditetapkan. Peserta diuji pelbagai soalan bagi mencungkil pemahaman dan pengetahuan mereka terhadap penggunaan peribahasa.

 

Gambar di sini