Tarikh            : 8 Oktober 2017

Masa              : 10.00 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi            : Pi1m Batu Kurau

Peserta          :8 orang

 

Tujuan  

Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan PowerPoint yang sangat penting untuk pendidikan yang lebih tinggi

 

Aktiviti

Pelajar mempelajari ilmu asas untuk membuat slide pembentangan yang lebih menarik.

 

Gambar disini

Tarikh            : 7 Oktober 2017

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pi1m Batu Kurau

Peserta          :8 orang

 

Tujuan  

Memberi pendedahan kepada ahli mengenai peralatan komputer dan bagaimana komputer berfungsi. 

 

Aktiviti

Pelajar diberi pendedahan oleh petugas mengenai asas-asas peralatan komputer.

 

Gambar disini

Tarikh            : 23 September 2017

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pi1m Batu Kurau

Peserta          : 7 orang

 

Tujuan  

Membantu para pelajar untuk memahirkan diri dengan soalan dan dapat menyelesaikan masalah matematik dengan mudah

 

Aktiviti

Matematik merupakan subjek yang sangat menarik dan penting untuk dipelajari. Hal ini kerana, setiap perkara dalam kehidupan manusia pasti akan dikaitkan dengan matematik contohnya, pengiraan waktu dan jual beli barang. Oleh itu, kelas matematik yang diadakan di PI1M Pekan Batu Kurau ini adalah bagi mengasah kemahiran dan minda para pelajar untuk lebih mahir dalam ilmu matematik. Di samping menambah ilmu matematik, para pelajar juga didedahkan dengan perbincangan secara berkumpulan di mana mereka perlu berbincang bagi menyelesaikan soalan matematik yang diberikan. Pelajar membuat latihan matematik yang disediakan oleh petugas dan dibantu oleh petugas untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

 

Gambar disini

Tarikh            : 24 September 2017

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pi1m Batu Kurau

Peserta          :4 orang

 

Tujuan  

Meningkatkan pengetahuan para pelajar dalam dwi Bahasa. Bahasa Melayu dan Inggeris

 

Aktiviti

Sahiba adalah salah satu pendekatan pembelajaran sambil bermain di mana permainan ini dapat mempertingkatkan penguasaan kosa kata para peserta. Peserta perlu bermain secara berkumpulan yang dianggotai seramai 4 orang dalam satu kumpulan dan setiap peserta dikehendaki memilih 8 abjad secara rawak sebelum memulakan permainan. Kemudian, giliran pemain ditentukan secara turutan. Peserta perlu mengatur huruf mereka samaada secara menegak atau melintang pada papan yang disediakan bagi membentuk satu perkataan dan kemudiannya diikuti oleh peserta lain. Setiap perkataan perlu dibaca dari arah kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. Peserta yang memperolehi markah yang tinggi dikira sebagai pemenang.

 

Gambar disini

Tarikh            : 17 September 2017

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pi1m Batu Kurau

Peserta          : 6 orang

 

Tujuan  

Mengasah bakat terpendam kanak-kanak di sini dan memupuk semangat cintakan permainan tradisional

 

Aktiviti

Permainan dam merupakan permainan yang menguji minda dan cara peserta mengatur strategi bagi mengalahkan lawan dalam satu peperangan. Sebelum bermula, peserta perlu memilih pasangan masing-masing  dan permainan ini dijalankan 1 lawan 1. Peserta perlu menggerakkan buah mengikut giliran masing-masing. Peserta perlu mematuhi setiap peraturan permainan sehingga permainan tamat. Permainan dikira tamat sekiranya seorang pemain kehilangan semua buah damnya, seorang pemain tidak dapat menggerakkan buahnya, seorang pemain menyerah kalah, dan kedua-dua pemain bersetuju untuk seri.

 

Gambar disini