Tarikh            : 25 November 2017

Masa              : 3.00 petang - 4.00 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 8 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini diadakan pada 25 November dan disertai oleh 8 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan aktiviti ini dijalankan bagi menguji pemahaman peserta mengenai peribahasa  bagi memupukkan lagi minat mereka terhadap penggunaan Bahasa Melayu.

 

 

Aktiviti

Para peserta dikehendaki memasuki laman web Kahoot.com dan memasukkan ID yang telah diberikan oleh petugas. Setiap peserta perlu membaca soalan dengan teliti sebelum menjawab soalan mengikut masa yang telah ditetapkan. Peserta diuji pelbagai soalan bagi mencungkil pemahaman dan pengetahuan mereka terhadap penggunaan peribahasa.

 

Gambar di sini

 

Tarikh            : 18 November 2017

Masa              : 9.30 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 7 orang

 

Tujuan  

Mendedahkan surirumah yang ingin menjana pendapatan sampingan dengan membuat kek bajet viral

 

Aktiviti

 

Setiap peserta berpeluang untuk membuat dekorasi kek yang disediakan oleh pengajar dan mempelajari teknik yang betul untuk membuat kek. Peserta memperoleh ilmu yang sangat mahal ini untuk meningkatkan taraf ekonomi hidup masing-masing dan dapat mengenali Pi1M dengan lebih dekat lagi

 

Gambar di sini

Tarikh            : 8 November 2017

Masa              : 9.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi            : Bilik latihan Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 44 orang

 

Tujuan  

Memberi pendedahan kepada para pelajar Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) mengenai keselamatan melayari internet dan jenayah-jenayah siber yang melanda kini

 

Aktiviti

Petugas memberi taklimat kepada para pelajar mengenai jenayah siber dan meminta untuk memberi respon di setiap video yang ditayangkan

 

Gambar disini

Tarikh            : 12 November 2017

Masa              : 2.30 petang- 4.30 petang

Lokasi            : Bilik latihan Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 7 orang

 

 

Tujuan  

Melatih para pelajar untuk bersaing secara sihat dengan menjawab soalan yang disediakan.

 

Aktiviti

Pelajar memasukkan ID yang diberikan oleh petugas dan dikehendaki menjawab soalan yang disediakan. Kebaikan aktiviti ini, secara tidak langsung dapat mengisi masa lapang para pelajar serta menambah pengetahuan mengenai pemboleh ubah dan kata ganti nama yang sesuai dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 5 November 2017

Masa              : 10.00 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi            : PI1M Pekan Batu Kurau

Peserta          : 7 orang

 

 

Tujuan  

Jigsaw puzzle merupakan salah satu permainan yang baik untuk mengasah minda para peserta untuk berfikir dengan lebih kreatif dan cekap.

 

Aktiviti

Para peserta dikehendaki memasuki ke laman web jigsaw planet.com. Mereka perlu mencantumkan setiap kepingan-kepingan kecil tersebut untuk menjadi sekeping gambar yang besar  dengan mengikut tahap yang ditetapkan iaitu bermula dari 4 keping sehingga 100 keping. Selain itu, peserta dinilai mengikut kepantasan mereka dalam mencantum setiap gambar tersebut. Permainan ini juga dapat menguji ketajaman minda mereka ketika memberikan penumpuan yang sepenuhnya dalam menyelesaikan masalah.

 

Gambar di sini